BEKAM



Bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.
TUBUH KITA
Mengikut kitaran darah, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati selepas 3 bulan. Sel darah kotor ini mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak dan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Darah kotor yang mengandungi toksin didalam badan juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah dan perlu dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan sistem darah dalam badan manusia.
MENGAPA PERLU BERBEKAM?
Tubuh badan manusia sebenarnya bersifat dinamik iaitu ia melalui perubahan mengikut keadaan persekitaran, pemakanan dan faktor usia. Oleh yang demikian seseorang itu akan melalui keadaan sihat, lemah dan sakit pada sesuatu masa. Tanda-tanda awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
KEBAIKAN DAN FAEDAH BERBEKAM
Mengikut “Ibnu Sina”, beliau menyatakan bahawa waktu yang paling baik untuk berbekam adalah pada waktu tengari iaitu diantara jam 2 hingga 3. Tarikh yang disarankan untuk berbekam ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan mengikut kalendar Islam. Kekerapan berbekam di galakkan sebulan sekali atau setiap 4 bulan sekali untuk memastikan darah kotor dikeluarkan dari dalam badan dan untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang optimum.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
JENIS-JENIS BEKAM YANG DIGUNAKAN KINI
JENIS BASAH
Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah. Disini permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet (jarum tajam pakai buang) kemudian disekitarnya disedut menggunakan pam penyedut untuk mengeluarkan sisa-sisa toksin dari badan. Setiap sedutan dibiarkan selama 3 – 5 minit, kemudian dibuang kotorannya. Bekas luka akan hilang dalam masa 3 hingga 7 hari. Elakkan untuk mandi dan tidur setelah berbekam. Jarak masa yang di ambil untuk meneruskan aktiviti harian adalah selepas 2 jam.
JENIS KERING
Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin. Fungsinya untuk melegakan kesakitan tanpa melukakan kulit. Ia amat baik bagi pesakit yang tidak tahan sakit (terkena tusuk) dan tidak boleh melihat darah. Bekam jenis ini akan kelihatan merah selama 1 atau 2 minggu. Bekam ini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 – 20 minit.
KESIMPULANYA
Bekam adalah pengubatan Islam yang telah wujud dari zaman Rasulullah SAW. Negara China dan Eropah berdasarkan sejarah dunia adalah orang – orang yang pertama mengamalkan dan mengutamakan teknik berbekam.
Untuk para pembaca di luar sana yang masih mencari lokasi untuk berbekam, Kami menjemput anda untuk datang ke Nur’izzat bagi mendapatkan rawatan bekam yang disediakan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN REFLEKSOLOGI

KHASIAT KACANG BENDI

BAHAYA RESDUNG !!