KEPENTINGAN REFLEKSOLOGI









Refleksologi merupakan suatu bidang kajian dan amalan untuk perawatan yang menggunakan “reflex point” di kawasan-kawasan tertentu. Ia menggunakan teknik yang memerlukan pergerakan tangan dan jari yang jitu untuk melancarkan peredaran darah dan tenaga, merangsang ketenangan dan mengaktifkan homeostasis.

Rawatan refleksologi kaki menjadi terapi alternatif yang mengaplikasikan urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Rasa kurang selesa di bahagian ini boleh mengakibatkan sakit di bahagian tengkuk, bahu, pinggang dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan kepada organ dalaman. Ini disebabkan kaki merupakan anggota badan yang sangat kompleks yang mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot.

PENTINGNYA PERJALANAN DARAH YANG LANCAR

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

KELEBIHAN URUTAN REFLEKSOLOGI


  • Membuang toksik dalam badan
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Menguatkan otot kaki
  • Meningkatkan daya tahan
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Melawaskan kencing
  • Mengurangkan rasa letih


Para pembaca yang budiman, untuk merasai kelebihan dan kelegaan urutan refleksologi ini, kami di Nur’izzat menjemput anda untuk datang ke Pusat Rawatan kami untuk berkongsi kemahiran ahli terapi kami untuk membantu anda menjadi lebih sihat dan bertenaga.

Marilah sihat bersama Nur’izzat!

Comments

Popular posts from this blog

KHASIAT KACANG BENDI

BAHAYA RESDUNG !!